Ahad, 14 Februari 2021

AWAS SCAMMER FOREX!!!


 

Salam semua,

Hati-hati dengan tawaran pelaburan dengan janji pulangan besar! Banyak pada masa ini tawaran-tawaran "menggoda" seperti ini terutama ketika masa orang ramai terdesak mencari pekerjaan dan pendapatan tambahan pula dengan kebenaran pengeluaran simpanan KWSP.

OK ini ada beberapa tips untuk mengelak "scammer forex"

  1. "Rule of the thumb" never give your money to other people to invest or trade. Perkara asas adalah jangan pernah berikan wang anda kepada orang lain untuk membuat apa-apa investment atas nama forex.
  2. Mana-mana trader dunia yang hebat sekali pun hanya akan membuat keuntungan 1%-2% sehari itu pun bukan hari-hari mereka membuat keuntungan. Ada hari mereka juga rugi, namun secara kolektif keuntungan sebulan atau setahun melebihi kerugian. Jadi mana orang yang menjanjikan keuntungan tetap yang besar sebenarnya mereka hampir pasti berdagang dengan risiko yang besar (kerana bukan wang mereka). Ya jika untung mereka akan mendapat keuntungan besar namun 99% akan gagal!
  3. Minta nama broker yang mereka pakai dan siasat broker tersebut, kemudian, minta no akaun dan investor password supaya anda boleh log in sendiri ke dalam platform dagangan mereka dan melihat aktiviti dan cara mereka berdagang.
  4. Minta portfolio perdagangan mereka samada melalui Myfxbook atau sebagainya untuk lihat sejarah dan rekod perdagangan mereka.
  5. Minta salinan kad pengenalan dan maklumat bank mereka (apabila mereka meminta membuat pelaburan) jika perlu.
Saya tidak faham kenapa perlu memberi wang kepada orang lain tanpa anda tahu apa terjadi pada wang anda, mungkin anda akan dapat keuntungan untuk beberapa bulan dan tiba-tiba terhenti atas alasan rugi dan wang hangus.

Anda boleh belajar sedikit bagaimana membuka akaun trade anda sendiri, uruskan sendiri wang anda dan anda boleh belajar trade dengan cara yang betul dan selamat. Atau setidak-tidaknya anda boleh memasang robot yang telah diuji baik untuk menjalankan trading anda. Rugi atau untung anda uruskan sendiri dan anda lebih berpuashati.

Ingat jangan tamak. Forex bukan untuk kaya cepat! Anggap sebagai simpanan dengan dividen yang anda sendiri uruskan/usahakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Trade FOREX otomatik dengan robot